in

Sekolah satu aliran formula rahsia penyatuan negara

Dr Abdul Rasid Ali

KUANTAN, 19 Mac – Pelaksanaan sekolah satu aliran adalah usaha paling tepat untuk menyatukan rakyat negara ini.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, sistem pendidikan negara ketika ini terlalu ‘berkiblatkan’ negara Barat.

“Kekalkan formula pendidikan dengan cara kita, tak perlu menjadikan (modul sekolah) Barat atau China atau Taiwan sebagai rujukan.

“Fahami sejarah tempatan, wajibkan semua rakyat kuasai Bahasa Melayu dan galakkan mereka kuasai juga bahasa lain.

“Kalau boleh, pucuk pimpinan negara perlu berlapang dada dalam hal ini, demi kebaikan negara,” katanya.

Dr Abdul Rasid turut mencadangkan asimilasi rakyat secara total dimulakan di peringkat tadika atau pra sekolah lagi.

“Apabila pendekatan ini dilakukan sejak awal, maka secara tidak langsung dapat memberikan keselesaan untuk pelajar berbilang kaum ini berinteraksi.

“Jadi, pokok pangkalnya pemimpin perlu ada kemahuan untuk menjayakan perkara ini,” katanya.– nasionalkini.my

Cuaca panas hingga April

PKR Pahang buat mesyuarat bulanan