KUANTAN, 22 Mei – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis tahlil dan istiadat ziarah makam diraja di Makam Diraja dekat Pekan, hari ini.
Majlis itu bersempena istiadat Hari Hol Pahang yang keempat kemangkatan Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al -Mu’adzam Shah.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Exco kerajaan Pahang.
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal itu dikongsi Wan Rosdy melalui akaun Facebook rasmi miliknya hari ini.
“Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati roh Al-Marhum serta ditempatkan bersama mereka yang beriman dan para solihin,” katanya dalam hantaran di laman sosial itu. – nasionalkini.my