KUANTAN, 8 Januari – Kerajaan Pahang menafikan tidak pernah memberikan sebarang bantuan atau geran kepada usaha merancakkan gerakan koperasi di negeri itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada 23 Jun lalu meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi tujuan berkenaan.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM300,000 adalah untuk tujuan promosi manakala RM700,000 bagi tujuan pembangunan.
Wan Rosdy pada program Hari Koperasi Negara Peringkat Pahang di Jerantut pada Jun 2023 turut menyokong usaha gerakan koperasi di negeri ini dalam memenuhi sasaran ditetapkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) – ‘Road to 1 Bilion Ringgit Turnover 2025’.
Berdasarkan rekod SKM, perolehan Gerakan Koperasi di Pahang pada tahun lalu berjumlah RM860.53 juta.
Ia sekaligus menjadi perolehan kedua tertinggi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan.— nasionalkini.my