in

Pembangkang jangan lupa seni dalam politik

IMG 20240403 145301 800 x 500 pixel
Mohd Shukri Mohd Ramli atau CMK

KUANTAN, 3 April – Tindakan pembangkang menuduh menteri besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail zalim dan derhaka adalah agak keterlaluan.

Bahkan, tuduhan itu dimainkan semula pembangkang apabila mereka tidak berpuas hati dengan cara Wan Rosdy mengagihkan peruntukan kepada wakil rakyat di negeri ini.

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, sepatutnya wakil rakyat pembangkang mengenang kembali proses penubuhan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pahang selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Bila Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya wakil Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bekerjasama menubuhkan kerajaan, siapa yang ingkar dan derhaka?

“Ketika kerajaan negeri Pahang tidak dapat ditubuhkan selepas PRU15, siapa yang ingkar saranan Al-Sultan Abdullah?

“Siapa yang derhaka dan sekarang siapa yang tuduh orang lain pula derhaka,” katanya.

Dia yang turut dikenali sebagai blogger Cucu Mat Kilau atau CMK membidas kenyataan dibuat seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) pembangkang yang mempersoalkan perkara itu.

“Dalam politik ini ada seni, dan YB (yang berhormat) patut faham seni dalam politik.

“Jadi tak payahlah nak tuduh orang itu zalim, orang ini derhaka.. sedangkan kita sendiri berlakon seperti tak faham sains politik dan kepimpinan,” katanya.– nasionalkini.my

IMG 20230725 063341 800 x 500 pixel

Melawan mitos Anwar PM terbaik

IMG 20240403 225801 800 x 500 pixel

Bertarawih di Seri Mahkota