KUALA LUMPUR, 22 Mei – Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, sekali lagi terbakar selepas kejadian pertama pada Februari 2018.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 10.39 pagi tadi mengenai kejadian kebakaran itu.
“Lapan jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 10.45 pagi.
“Kebakaran membabitkan tingkat empat serta lima bangunan berkenaan dan api dapat dikawal pada jam 11.08 pagi,” katanya.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran ini. – nasionalkini.my