in

Shariffa Sabrina patut kemuka rayuan

Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai CMK

KUANTAN, 28 Mac – Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, menggesa pemilik Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bertabah atas musibah yang berlaku ke atasnya.

Semalam, laluan masuk ke premisnya itu ditutup oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang.

Ia menimbulkan kemarahan beliau kerana hanya itu sahaja laluan masuk untuk pelanggan ke restorannya.

Mohd Shukri yang lebih dikenali dengan nama CMK berkata, dia mengikuti kes itu sejak dari awal lagi dan tidak mahu ia dijadikan polemik bagi menyalahkan Kerajaan Pahang sepenuhnya.

“Sebenarnya kes ini sudah bermula sejak dua tahun lalu apabila Puan Sri Shariffa Sabrina yang ketika itu merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran.

“Untuk pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 26148, GM4135, Mukim Bentong iaitu kawasan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong.

“Pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 1053, PM0053, Mukim Ulu Dong iaitu kawasan Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Raub pada jam 2 petang, 10 Jun tahun lalu.

“Manakala pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 10061, GM1572, Mukim Tras iaitu kawasan yang ketika ini didiami Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, Raub.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

“Maknanya disini, tindakan dilakukan Kerajaan Pahang bukanlah tergesa-gesa kerana dia sepatutnya tahu dan mengambil tindakan memperbetulkan keadaan, termasuk mencari alternatif jika berhadapan dengan kemungkinan seperti hari ini,” katanya lagi.

Mohd Shukri memberitahu, tempoh dua tahun sepatutnya mencukupi untuk Shariffa Sabrina melakukan sesuatu.

Namun sikap sambil lewa dan menganggap berada di pihak yang benar menyebabkan dia terpaksa berhadapan dengan tindakan tegas.

Dia yang mengakui agak rapat dengan pemilik resort eksklusif itu menggesa Shariffa Sabrina mengemukakan rayuan seperti disarankan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail malam tadi.– nasionalkini.my

Masa untuk tuntut semula tanah rizab Melayu

Asnaf Jengka 3 tidak dilupa