in

Kampung Jara turut terjejas akibat banjir

Gambar ihsan APM Pahang

MARAN, 8 Januari – Kejadian banjir kilat bersama lumpur berulang sekali lagi di laluan menghala kuil Sri Marathandavar Aalayam dekat Sungai Jerik, di sini.

Banjir kilat itu bermula semalam, susulan hujan lebat sejak Sabtu.

Difahamkan, tembok penghadang yang dibina di belakang kuil itu pecah kira-kira jam 11 malam kelmarin.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin memaklumkan, laluan menghubungkan bandar Maran ke Kampung Jara dan Kuala Sentul dinaiki air pada paras 0.5 meter.

“Pemantauan di laluan itu dilakukan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Pagi tadi paras air masih tinggi dan kenderaan ringan tidak dibenarkan melalui jalan berkenaan,” katanya.— nasionalkini.my

IMG 20230507 WA0010

Pahang nafi abai gerakan koperasi

Laluan utama ditutup akibat limpahan air banjir