in

Rai Ramadan penuh kesederhanaan

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 15 Mac – Kedatangan bulan Ramadan membuka lebih banyak ruang untuk mendekati penduduk setempat.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus apabila meluangkan masa dengan komuniti di Kampung Paya Bungor, dekat sini.

Kelmarin, Mohd Yazid sempat menyantuni mereka dalam majlis berbuka puasa di perkarangan masjid kampung berkenaan.

“Alhamdulillah, ramai penduduk yang sudi meluangkan masa memeriahkan program berbuka puasa disusuli solat sunat tarawih bersama di masjid kampung Paya Bungor.

“Sudah pasti ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara penduduk dan saya selaku ADUN kawasan ini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Mohd Yazid yang juga ketua BERSATU Paya Besar turut melahirkan harapan agar program itu memberi manfaat kepada semua pihak.

“Semoga amalan ikhlas kita diterima Allah SWT… insya-Allah,” katanya lagi.– nasionalkini.my

MAKPEN serah sumbangan kepada penduduk Guai

Hujung minggu di Gelugor, Paya Rambutan