in

Bantuan peralatan sekolah diagihkan

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 13 Mac – Memasuki hari kedua Ramadan, pelbagai bantuan terus disalurkan kepada Saudara Baru sekitar Kampung Seri Fajar dan Mahkota Jaya, dekat sini.

Menurut perkongsian laman Facebook ahli dewan undangan negeri (ADUN) Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus, pengagihan peralatan sekolah itu adalah hasil inisiatif seorang penyumbang dikenali sebagai Zaharah Saidin.

“Antara penerima sumbangan adalah ibu tunggal yang mempunyai tujuh anak di Seri Fajar.

“Selain itu, turut menerima sumbangan sama adalah tiga Saudara Baru di Seri Fajar dan Mahkota Jaya,” katanya.

Mohd Yazid berharap sumbangan barangan persekolahan itu dapat meringankan bebanan penerima dan memberi semangat kepada anak mereka.– nasionalkini.my

Hargai ketenangan di bulan Ramadan

MAKPEN serah sumbangan kepada penduduk Guai