in

Kesukaran Amrol dapat perhatian

IMG 20240127 234807 800 x 500 pixel
Mohd Yazid menyantuni Amrol di Kampung Melayu Gambang, Kuantan

KUANTAN, 27 Januari – Kesulitan hidup dihadapi Amrol Iman, 46, mendapat perhatian ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Amrol yang menghidap diabetes kini menumpang di pondok serba sederhana milik seorang penduduk di Kampung Melayu, Gambang, dekat sini.

“Amrol kehilangan sebelah kaki akibat penyakit kencing manis.

“Dia tinggal menumpang di pondok seorang penduduk yang prihatin dengan kesulitan dihadapi Amrol.

“Saya akan cuba bantu dengan apa yang termampu,” katanya.

Mohd Yazid ketika singgah menyantuni Amrol di pondok itu kelmarin menyampaikan sumbangan peribadi serta set tongkat baru untuk kegunaan Amrol.

Katanya, bantuan barangan keperluan asas selain bantuan sewajarnya akan diusahakan dalam masa terdekat.

“Dengan kekangan peruntukan kerana kami (pembangkang) tidak diberikan sebarang peruntukan oleh pihak kerajaan, saya tetap akan cari jalan untuk membantu Amrol.

“Saya harap dia dapat bersabar dan tabah dengan ujian ini,” katanya. –nasionalkini.my

IMG 20240124 143328 6 x 4 inch

Jalan Diraja Sang Riang jadi tumpuan

IMG 20240128 084348 800 x 500 pixel

Zionis bunuh lebih 100 wartawan