in

ADUN Lepar rai pelajar cemerlang SPM

IMG 20240531 084448 800 x 500 pixel

KUANTAN, 31 Mei – ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus meluangkan masa menyantuni pelajar cemerlang SPM yang menetap di sekitar Gambang, dekat sini.

Seorang pelajar cemerlang itu adalah Said Sazwan yang juga anak yatim.

Said Sazwan memperoleh 9 A dalam peperiksaan SPM yang diumumkan Isnin lalu.

“Hari ini saya menziarahi pelajar cemerlang yang juga seorang anak yatim iaitu adik Said Sazwan.

“Dia mendapat 9 A dalam peperiksaan SPM… tahniah diucapkan, walaupun hidup dalam serba sederhana namun tetap memperoleh keputusan cemerlang,” kongsi Mohd Yazid dalam hantaran di Facebook.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

Selepas itu, Mohd Yazid menziarahi seorang lagi pelajar cemerlang yang juga anak yatim iaitu Nabiela Yuhani.

“Dia mendapat 7 A dalam peperiksaan SPM.

“Tahniah diucapkan kepada adik Nabiela,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20240530 122338 800 x 500 pixel

Mana janji sistem tender terbuka, soal BERSATU Pahang

IMG 20230721 220958 800 x 500 pixel

Keberanian Tun wajar disahut Anwar