in

Struktur longkang rosak akibat hujan lebat

Mohd Yazid meninjau masalah runtuhan longkang di Taman Gambang Damai, dekat Kuantan

KUANTAN, 28 Disember – Hujan lebat sejak Jumaat lalu mengakibatkan berlakunya runtuhan longkang di kawasan Taman Gambang Damai, dekat sini.

Kejadian itu menimbulkan kerisauan dan kebimbangan penduduk di situ.

Aliran air yang deras susulan fenomena hujan lebat di sepanjang saluran longkang berkenaan boleh mendatangkan risiko runtuhan cerun yang lebih teruk.

ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus yang menerima maklumat berkaitan masalah itu meninjau kawasan perumahan terbabit pada Selasa lalu bagi melihat sendiri masalah berkenaan.

“Arus masih deras dan sedikit demi sedikit meruntuhkan struktur longkang dan jalan.

“Hal ini saya sudah maklumkan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuantan dan mereka memberi jaminan akan membaiki masalah runtuhan longkang di situ apabila hujan reda,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Mohd Yazid turut menasihati penduduk di kawasan itu agar berhati-hati dan segera menghubungi pihak berkenaan jika keadaan runtuhan bertambah serius.— nasionalkini.my

IMG 20231224 133757 6 x 4 inch

Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga meningkat

IMG 20231230 193645 6 x 4 inch

Jualan Rahmah tak selesai isu kos sara hidup