in ,

Agihan peruntukan ADUN Pulau Pinang kekal tak sama rata

chow

GEORGETOWN, 29 Ogos – Pulau Pinang akan meneruskan dasar pemberian peruntukan secara tidak sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertakluk status penyokong kerajaan atau pembangkang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, semua 40 ADUN bagi penggal terbaharu akan menggunakan baki peruntukan yang disalurkan kepada ADUN terdahulu.

Beliau berkata, masih ada lagi baki peruntukan bagi suku tahun keempat tahun ini daripada ADUN terdahulu sebelum pembiayaan baharu diumumkan kelak.

“Ketika ini, peruntukan kepada pembangkang masih kekal sebab sekarang sudah masuk suku terakhir (tahun 2023). Jadi semua ADUN yang baharu akan menguruskan peruntukan yang masih berbaki bagi penggal yang lalu.

“Bagi (11 ADUN) pembangkang adalah sama, kalau ada baki peruntukan itu, akan digunakan baki peruntukan itu.

“Kita (kerajaan negeri) akan meneruskan dasar pemberian peruntukan sama kepada ADUN, sama ada kerajaan mahupun pembangkang secara kekal tetapi nilai peruntukan tak sama rata,” katanya.

Beliau pada masa sama menggesa semua ADUN negeri itu supaya saling memupuk perpaduan serta mengamalkan politik matang demi mengutamakan agenda rakyat.

“Mandat rakyat tidak wajar diperlekeh serta disia-siakan sebaliknya perlu dimanfaatkan dengan inisiatif, pendekatan, usaha serta perdebatan matang demi kebaikan demi pembangunan negeri ini,” katanya.

Beliau menambah meskipun berbeza ideologi, tekad untuk terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan negeri ini adalah perlu sentiasa menjadi pegangan.

Katanya kestabilan inilah yang bakal dan mampu terus membawa Pulau Pinang ke mercu kejayaan sseperti yang telah diukirkan sejak 15 tahun lalu. – nasionalkini.my

gempa

Gempa 7.0 magnitud gegar Laut Bali

Hampir 20 juta dolar masuk akaun Najib