in ,

Rugi RM40,000 dipukau tiga wanita

WhatsApp Image 2023 07 04 at 4.12.10 PM
NG menunjukkan dua botol air mineral dan sepaket beras yang digantikan dengan wang tunai dan barangan kemas miliknya yang dilarikan tiga individu di Taman Johor Jaya, Johor Bahru

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 4 Julai – Dipercayai akibat teknik pukau, seorang wanita warga emas kerugian RM40,000 disyaki dipukau tiga individu tidak dikenali di sebuah pasar awam di Taman Johor Jaya, di sini 3 Jun lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Ng, 68, mangsa berkata, ketika sedang membeli sayur, dia didatangi seorang wanita bertutur dalam dialek Kantonis bertanya di mana dia boleh membeli herba tradisional Cina.

“Ketika sedang berbual, seorang lagi wanita datang memberitahu dia kenal seorang bomoh yang boleh berikan rawatan secara percuma.

“Saya terus beritahu suami saya menderita penyakit sejak lebih 20 tahun lalu, wanita itu kemudian beritahu dia boleh hantarkan saya ke rumah bomoh tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ng kemudian mengikuti dua wanita itu ke sebuah kenderaan yang terdapat seorang lagi wanita.

“Wanita tersebut secara tiba-tiba beritahu anak saya akan ditimpa nasib malang dan minta saya berjumpa dengan bomoh itu untuk mendapatkan rawatan segera.

“Mereka juga meyakinkan saya untuk pulang ke rumah dan meletakkan wang serta barang kemas dalam sebuah beg kertas sebelum dibawa untuk melakukan rawatan mengusir nasib malang tersebut,” katanya.

Dia kemudian diminta oleh tiga wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an untuk memegang erat beg kertas tersebut ketika upacara dilakukan.

“Saya hanya menyedari menjadi mangsa penipuan apabila mendapati dalam beg kertas tersebut bukan wang dan barang kemas saya, tetapi hanyalah dua botol air mineral dan sepaket beras,” katanya mendakwa seperti dipukau dan menurut arahan tiga wanita tersebut. – nasionalkini.my

JPN tidak berkompromi dengan rasuah

61688460554 TBJeramAirPutih

Mayat kelapan mangsa kepala air ditemukan