in ,

Impian miliki Honda HR-V lebur

scam phone1 1665551071

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Impian seorang lelaki untuk memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V tidak kesampaian malah terpaksa menanggung kerugia RM90,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada 12 Mei lalu.

“Pengadu memaklumkan telah berurusan dengan satu lelaki yang bekerja sebagai ejen jualan di syarikat kenderaan terkemuka di sini pada 9 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amihizam berkata, mangsa telah membuat bayaran tempahan berjumlah RM500 kepada suspek dan bayaran tersebut telah diserahkan kepada syarikat tersebut.

“Pengadu kemudian telah membuat pembayaran wang secara tunai dan dalam talian ke nombor akaun syarikat yang diberikan oleh suspek pada 29 April hingga 4 Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata, pengadu telah terima panggilan telefon daripada pengurus pusat pameran yang memaklumkan bahawa mereka masih belum menerima bayaran pendahuluan pada 11 Mei lalu.

“Pengadu dimaklumkan bahawa suspek tidak bekerja lagi dengan syarikat tersebut. Suspek telah dikenal pasti, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – nasionalkini.my

FB IMG 1684648604491

KL48 projek EcoFirst pasca pandemik

IMG 20230521 WA0038

Pos Malaysia masih bergelut untuk kekal relevan