in

JPN tidak berkompromi dengan rasuah

Ketua Pengarah JPN, Zamri Misman

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan jabatan ini.

Ketua Pengarah JPN, Zamri Misman berkata, pihaknya komited menangani gejala rasuah di peringkat jabatan dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.

“Ini bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“JPN juga ingin mengingatkan orang ramai, tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan di JPN. Jangan mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN atau boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 04 at 4.05.29 PM

Kekalkan kenaikan 2% pencen tahunan pesara kerajaan

WhatsApp Image 2023 07 04 at 4.12.10 PM

Rugi RM40,000 dipukau tiga wanita