KEMAMAN, 4 Julai – Mayat kelapan mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman ditemukan kira-kira jam 3 petang hari ini.
Mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dijumpai sekitar jarak dua kilometer dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dengan penemuan ini lapan mayat tragedi kepala air telah dijumpai.
“Untuk makluman terkini kita telah menemui satu lagi jenazah pada pukul 3 petang maklumat yang kita terima pemeriksaan dan siasatan kita mengesahkan adalah satu mangsa wanita dan kita bawa balik ke balai polis Air Putih, saya sahkan ianya adalah Putri Alleya yang berusia 16 tahun,” katanya.
Beliau berkata usaha mengesan dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24 masih giat dijalankan. – nasionalkini.my