in ,

Polis Negeri Sembilan tumpas geng samun pecah rumah

358141937 645852240913892 8169754232391788593 n
Antara barangan dan wang tunai yang dirampas pihak polis selepas menumpas geng samun yang dipercayai aktif melakukan pecah rumah di sekitar Seremban, Nilai, Jempol dan Kuala Pilah

SEREMBAN, 10 Julai – Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan geng samun yang dipercayai aktif melakukan pecah rumah di sekitar Seremban, Nilai, Jempol dan Kuala Pilah dengan nilai kerugian mencecah lebih RM500,000.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, seramai lapan suspek ditahan dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Selangor dari 1 hingga 8 Julai lalu dalam satu operasi khas iaitu Op Casa dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan sejak awal bulan lalu.

“Mereka dikatakan bergiat aktif sejak awal 2023 dan lapan suspek ini berusia 23 hingga 36 tahun di Negeri Sembilan dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

358633150 645852344247215 6220391547268946092 n
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof (dua kiri) menunjukkan barang bukti pada sidang media tangkapan suspek di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan

Beliau berkata, lima daripada suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan samun, curi, khianat, mencederakan manusia, ugutan jenayah dan merusuh menggunakan senjata tajam.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan rumah teres yang mudah dipecah masuk pada waktu malam atau awal pagi dengan memanjat pagar. Mereka berpakaian gelap, bersenjata tajam, memakai sarung tangan dan bertopeng bagi mengelak dikenali mangsa,” katanya.

Menurutnya, dengan tertangkapnya semua suspek, pihaknya berjaya menyelesaikan 14 kes dengan 10 kes dilaporkan di negeri ini, tiga di Selangor dan satu di Perak yang membabitkan kerugian berjumlah RM550,000.

“Mereka direman selama lima hari bermula 7 hingga 11 Julai. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 10 at 6.06.30 PM

Polis akan rakam percakapan Hadi, Guan Eng

IMG 20230710 WA0069

Madrasah tahfiz terbakar, dua anggota bomba dikejarkan ke hospital