in ,

Polis akan rakam percakapan Hadi, Guan Eng

WhatsApp Image 2023 05 10 at 6.06.30 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Polis akan merakam percakapan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkaitan kenyataan dipercayai menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil kedua-dua pemimpin parti politik dalam masa terdekat ini.

“Kita akan selaraskan untuk panggil mereka dalam masa terdekat ini. Siasatan terperinci sedang dijalankan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi berkaitan kenyataan yang mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.

Kenyataan tersebut dipercayai dilakukan melalui hantaran dalam Facebook Abdul Hadi dimuat naik pada 8 Julai lalu turut diulas serta diterbitkan oleh portal berita New Straits Times.

Selain itu, Razarudin dilaporkan berkata, pihaknya turut menyiasat kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang. – nasionalkini.my

Untitled 1 3

Polis tahan tiga individu termasuk pengurus taska, kes dera kanak-kanak

358141937 645852240913892 8169754232391788593 n

Polis Negeri Sembilan tumpas geng samun pecah rumah