in ,

PRN: Tun M gesa tidak pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara

tun m
Tun Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-98 hari ini berharap hubungan baik dengan media berkekalan selain kenyataan tidak diputar belit

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pengundi di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan digesa tidak memilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara.

Pengerusi Proklamasi Orang Melayu. Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan yang ada hari ini tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi, sosial, dan politik yang sedang dihadapi.

Katanya, Perdana menteri hari ini hanya tahu memberi ucapan tetapi tidak akan dapat melaksanakannya kerana ekonomi negara tidak mengizinkan.

“Kita nak buat ini pasal nak ada pilihan raya, kita nak kan supaya jangan pilih orang yang kita tahu tak dapat perintah negara.

“Tak dapat nak selesaikan masalah ekonomi, masalah politik, masalah sosial, semuanya tak dapat.

“Cuma hari-hari kita dengar perdana menteri buat ucapan, hari-hari.

“Hari ini kita dengar dia nak semak gaji, nak semak lah tapi kalau nak bagi tak boleh sebab tidak ada duit, dia semak lah sampai tahun depan pun,” kata 

Beliau berkata demikian pada siri jelajah Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini, Ke Hadapan anjuran sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Siri jelajah Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini, Ke Hadapan anjuran sekretariat Proklamasi Orang Melayu akan diadakan di negeri-negeri lain selepas Selangor.

Dakwa bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kerajaan sedia ada tidak bersedia mendengar pendapat pihaknya yang menurutnya serius memperjuangkan hak orang Melayu.

“Pendapat parti lawan ditolak begitu sahaja sebab itu dalam pilihan raya di peringkat negeri pun rakyat kena tunjuk pilihan mereka.

“Mereka nak kekal dengan kerajaan yang tidak membuat apa-apa atau betul kan banyak masalah terutama masalah orang Melayu di negara kita.

“Cuma yang faham masalah ini dan mempunyai idea macam mana nak mengatasinya, kalau diberi kuasa, baru kita boleh betulkan,” katanya lagi.

WhatsApp Image 2023 07 08 at 3.34.43 PM

Tanah Perkuburan Cik Siti Wan Kembang miliki 20 pintu

jenin 1

Jenin perlukan AS$15.5 juta untuk dibina semula