in ,

Pentadbir masjid surau diingat tingkat kawalan larangan politik dalam masjid

WhatsApp Image 2023 07 13 at 8.43.18 PM 1
Pengurusan masjid dan  surau di negeri ini masih mengambil ringan mengenai perkara itu apabila terdapat diantaranya membiarkan atau membenarkan bahan penerbitan berunsur politik disebar dalam kawasan masjid.


Oleh: Aliah Ramli

SHAH ALAM, 13 Julai – Pentadbir masjid dan surau di Selangor perlu mempertingkatkan kawalan dan menguatkuasakan kesemua larangan yang diperuntukkan bagi mengelak rumah ibadat dijadikan medan berpolitik dan pusat propaganda politik kepartian.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pemantauan mendapati pengurusan masjid dan  surau masih mengambil ringan mengenai perkara itu apabila terdapat diantaranya membiarkan atau membenarkan bahan penerbitan berunsur politik disebar dalam kawasan masjid.

Katanya, terdapat juga pihak yang membiarkan tokoh-tokoh politik menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politiknya.

Pengarah JAIS Mohd Shahzihan
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata pentadbir masjid dan surau di negeri iniperlu mempertingkatkan kawalan dan menguatkuasakan kesemua larangan bagi mengelak rumah ibadat dijadikan medan berpolitik.

” Ini adalah suatu perbuatan yang jelas telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengekalkan masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang elemen dan pengaruh politik kepartian.

” Tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjelang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan mengedar terbitan berunsur politik dan berpolitik adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan MAIS, ” katanya.

Mohd Shahzihan berkata, Sultan Selangor sejak tahun 2018 telah bertitah agar masjid dan surau menjadi tempat beribadat yang aman dan sejahtera serta tidak dipolitikkan.

Katanya, peringatan tersebut telah dibuat kepada pentadbir masjid serta surau selain ahli politik ketika program yang diadakan baru-baru ini.

sultan selangor 1 780x470 1
Sultan Selangor sejak tahun 2018 telah bertitah agar masjid dan surau menjadi tempat beribadat yang aman dan sejahtera serta tidak dipolitikkan.

“Ketetapan MAIS berhubung perkara itu juga masih berkuat kuasa dan sebarang tindakan yang bersifat menghina atau mempertikaikan titah baginda juga arahan MAIS, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Pegawai masjid juga dalam masa sama boleh dibatalkan pelantikannya oleh MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f), Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) 2017,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 13 at 8.18.20 PM

Exco arah JPS Melaka segerakan laporan penuh RTB

sanusi ceramah

Pertikai kewibawaan Kesultanan Selangor: PN digesa mohon maaf segera