in

Lelaki dipenjara sembilan bulan angkara hina Sultan Selangor

HUSSEIN OMAR KHAN re
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR, 6 Sept. – Seorang lelaki pemilik akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan selepas melakukan kesalahan dengan membuat kenyataan berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tertuduh didapati bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi tadi atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 dan Seksyen 299 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

“Tertuduh dikenakan penjara enam bulan di bawah Seksyen 233 dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayarnya.

“Tetapi, lelaki terbabit tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.

“Dengan pertuduhan ke atas suspek, kes ini selesai,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

terdahulu pemilik akaun Facebook terbabit memuat naik satu kenyataan menerusi ruangan komen dalam satu hantaran yang dalam akaun rasmi Facebook Sultan Selangor.

“Kenyataan dibuat iaitu ‘Sultan yg tdk mampu menjaga agamanya sendiri elok dipancung sampai mampos!!. Pesta keagamaan bon odoni dulu siapa yang kata boleh sertai? Lps tu, kalau raja dulu2 blh buatkhutbah, blh buat tazkirah blh jd iman, raja sekarang jd apa?.

Maaf!! Raja yg adil aku ikut (aku hanya menyembah Allah yg satu), raja yg zalim aku sanggah, buat apa nak takut’,” jelasnya.

Susulan itu, polis membuka satu kertas siasatan di diklasifikasi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKMM 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Kertas siasatan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum mendapat arahan pertuduhan ke atas suspek,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hussein menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian dan kegentaran awam.

Tegas beliau, pengguna media sosial  perlu bijak dan berhemah. – nasionalkini.my

Harimau Muda tewaskan Bangladesh

iran

Iran kecam negara Islam normalisasi hubungan dengan Zionis Israel