in ,

Permohonan undi pos dibuka mulai 15 Jun – SPR

SPR undi pos
Permohonan undi pos untuk pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dibuka mulai 15 Jun ini.

KUALA LUMPUR, 8 Jun –  Permohonan undi pos untuk pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dibuka mulai 15 Jun ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A, yang mengkhususkan kepada anggota dan pegawai SPR dan petugas media, manakala 1B bagi rakyat malaysia di luar negara  serta 1C khusus untuk agensi dan organisasi boleh dibuat menerusi pautan https://myspr.spr.gov.my.

Borang 1A hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus bahagian pilihan raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing.

Pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos.

“Sehubungan itu, SPR menggalakkan mereka untuk membuat pendaftaran akaun MySPR di pautan https://myspr.spr.gov.my lebih awal bagi membolehkan permohonan segera dapat dilakukan apabila tempoh permohonan undi pos dibuka kelak selain mengelakkan sebarang masalah sekiranya pendaftaran akaun MySPR pada saat akhir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikmalrudin turut menegaskan tarikh tutup permohonan undi pos bagi kategori 1A adalah tiga hari sebelum hari penamaan calon, kategori 1B tiga hari selepas mesyuarat khas dan enam hari selepas mesyuarat khas bagi kategori 1C.

Manakala bagi tarikh mesyuarat khas urusan PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bagi penetapan tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak.

“Untuk penghantaran kertas undi pos kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara, SPR menyeru kepada semua PTH Luar Negara untuk menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau kembali ke Malaysia.

PTH Luar Negara berkenaan boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 23 Jun ini,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 08 at 1.09.41 PM

‘Cleaner’, anak perempuan didakwa jadi along

ezgif.com webp to jpg 6

Imran Khan dituduh bersubahat kes pembunuhan terbaharu