in , ,

PRN: SPR nasihatkan pengamal media berdaftar sebagai  pengundi pos

WhatsApp Image 2023 07 10 at 7.28.04 PM
Mohd Azlan Charles Abdullah ,e,beri taklimat dan menunjukkan carta aliran tugas semasa pengundian.

Oleh: Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 10 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengamal media berdaftar sebagai pengundi pos bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).

Ketua Komunikasi Korporat SPR, Mohd Azlan Charles Abdullah berkata, pendaftaran bagi petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, polis, tentera termasuk media akan berakhir pada 26 Julai ini.

“Kita memahami tugas pengamal media ketika hari penamaan calon dan sepanjang tempoh berkempen, jadi kita galakan supaya mendaftar sebagai pengundi pos.

“Pengamal media hanya perlu mengisi borang 1A secara manual yang dimuat turun dari web SPR serta memberitahu pegawai pengurus pilihan raya bagi memaklumkan dan memudahkan proses pengundian nanti,” katanya  dalam taklimat kepada petugas media sempena PRN15 di Dewan Utama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023 07 10 at 7.26.18 PM
Raja Saera Datuk Raja Musa menyampaikan taklimat kepada petugas media di Terengganu

Pada majlis tersebut, lebih 60 pengamal media daripada pelbagai agensi di negeri ini menyertai taklimat pilihan raya  berkenaan.

Taklimat yang berlangsung hampir empat jam anjuran SPR itu disampaikan Ketua Program (Pengurusan Strategik), Akademi Pilihan Raya,  Raja Saera Datuk Raja Musa.

Sehubungan itu, SPR menggalakkan mereka untuk membuat pendaftaran akaun MySPR di pautan https://myspr.spr.gov.my lebih awal bagi membolehkan permohonan segera dapat dilakukan apabila tempoh permohonan undi pos dibuka kelak selain mengelakkan sebarang masalah sekiranya pendaftaran akaun MySPR pada saat akhir.

WhatsApp Image 2023 07 10 at 7.24.47 PM
Sebahagian petugas Media Terengganu yang hadir pada sesi taklimat SPR di Kuala Terengganu

Beliau berkata, permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dibuka mulai 15 Jun baru-baru ini. – nasionalkini.my

IMG 20230710 WA0069

Madrasah tahfiz terbakar, dua anggota bomba dikejarkan ke hospital

WhatsApp Image 2023 07 10 at 8.13.29 PM

Konstabel parah ditikam di rusuk ketika operasi dadah