in ,

Perhimpunan Kalimah Allah: Polis buka kertas siasatan

perhimpunan kalimah allah 1

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Polis membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan membantah keputusan kerajaan menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah yang diadakan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitenden Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu  yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

“Kita sedang dalam proses kenal pasti dan akan panggil mereka dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

polis
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitenden Ramsay Anak Embol memaklumkan, pihaknya akan memanggil individu yang terlibat dalam perhimpunan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini

Menurut Ramsay, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu,  Ramsay memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan itu.

Terdahulu, beberapa pemimpin PAS bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan himpunan bagi membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan kes Kalimah Allah di Mahkamah Tinggi.

Turut terlibat Gerakan Pembela Ummah (Ummah)  Gabungan Mahasiswa se-Islam Malaysia (Gamis) serta Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Sementara itu, Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa berkata, menjadi tanggungjawab untuk menyatakan pendirian dan solidariti, untuk mempertahankan kesucian nilai agama Islam apabila ianya telah disentuh dan diambil ringan oleh pihak kerajaan.

15 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan  menarik balik rayuan terhadap keputusan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama bagi tujuan pendidikan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 3

Kerajaan belum bercadang pinda akta pembayaran cukai oleh waris

WhatsApp Image 2023 05 19 at 10.37.18 PM 1

UCL: Perjalanan ‘lato-lato’ Inter Milan ke Istanbul