in

Anwar gesa tidak politikkan isu kalimah Allah dalam kempen PRN

PM kalimah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada ceramah kempen DUN Paroi di Taman Tuanku Jaafar, semalam. Foto: NSTP

SEREMBAN, 3 Ogos – Semua parti diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu kalimah Allah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan telah dizahirkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kepadanya, baru-baru ini.

“Kita akan cuba perkemaskan isu kalimah Allah ini untuk kita bawa ke Majlis Raja-Raja dan keputusannya jangan jadikan ini sebagai isu politik, ini arahan baginda… raja-raja akan memperkemaskannya atas cadangan Kerajaan Persekutuan.

“Apa (Pengerusi Perikatan Nasional) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kata? Masih gunakan isu Allah,” katanya dalam ceramahnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi malam tadi.

Muhyiddin sebelum ini dilapor mempersoal kewajaran kerajaan tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes kalimah Allah dalam kes Jill Ireland.

Ketika ceramah di Kapar, Selangor baru-baru ini, Muhyiddin mendakwa keputusan kerajaan menggugurkan rayuan kes Ireland pada Mei lalu membuktikan bahawa pentadbiran Anwar bersetuju dengan keputusan mahkamah bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah.

Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan. – nasionalkini.my

kpt 1

388 siswa UUM terpilih insiatif SULUNG, terima RM833 setiap semester selama tiga tahun pengajian

fahmi

Kempen di masjid: Fahmi beri masa 24 jam untuk mohon maaf