in

Batal kerakyatan penghina agama Islam

Gambar hiasan

KUANTAN, 12 April – Tindakan tegas termasuk membatalkan kerakyatan individu yang didapati bersalah menghina agama Islam wajar dilaksanakan.

Ini adalah bagi memberi pengajaran kepada semua pihak agar lebih cermat dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, hukuman berat termasuk membatalkan kewarganegaraan adalah antara langkah berkesan bagi mengekang keceluparan segelintir pihak yang sentiasa mencari jalan mencetuskan suasana kurang harmoni di Malaysia.

Dr Abdul Rasid Md Ali

“Mungkin sudah sampai masa hukuman seumpama ini diperkenalkan terhadap pesalah yang sengaja mencipta masalah dan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Sikap kumpulan atau individu yang mencari populariti dengan memainkan isu sensitif tidak patut diberi muka oleh pihak berkuasa,” katanya.

Dia turut menyatakan rasa kurang senang dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Katanya, selepas insiden stoking bercetak kalimah Allah, disusuli kontroversi tulisan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluaran syarikat terkenal, seolah-olah peruntukan undang-undang sedia ada belum mencukupi.

“Kalau semua perkara ini dibiarkan, kita bimbang apa lagi akan berlaku pada masa akan datang,” katanya lagi.

Abdul Rasid berharap Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam beberapa insiden yang berlaku untuk meredakan ‘suhu politik’ dalam negara susulan kejadian terbabit.— nasionalkini.my

Mansuhkan program MM2H

BERNAS masih relevan kawal, stabil bekalan beras