in ,

UCL: Perjalanan ‘lato-lato’ Inter Milan ke Istanbul

WhatsApp Image 2023 05 19 at 10.37.18 PM 1

oleh: Iskandar Zulkarnain

BOLEH dikatakan sepanjang musim ini nama Simone Inzaghi tidak pernah tenang.

Ada saja suara bingit yang mahukan beliau pergi susulan daripada prestasi ‘lato-lato’ atau turun naik Inter Milan.

Nama yang mahu digantikan juga kurang meyakinkan, Christian Chivu, profil masih belum teruji.

Musim ini sangat kompleks, terlalu banyak isu sehingga bertebaran cerita kelab mungkin dijual.

Ada fasa tertentu Inter Milan kalah mengejut terutama di awal musim dan sebelum bermula Piala Dunia Qatar 2022.

WhatsApp Image 2023 05 19 at 10.36.53 PM
Lautaro Martinez (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan di Inter Milan, Romelu Lukaku

Ada juga fasa di mana pemain mereka umpama terputus nafas dan hilang daripada radar.

Ia berlaku kepada Nicolo Barella, pemain yang dikatakan memiliki dua jantung tetapi nak berlari pun lesu.

Masalah sama juga terpalit kepada Lautaro Martinez, gawang gol seumpama ghaib baginya.

Alesandro Acerbi yang kini dilambung sebagai komander trio BAD juga bergelut.

BAD adalah gabungan akronim nama Alesandro Bastoni, Acerbi dan Mateo Darmian.

Perpindahan Acerbi tidak direstui sebahagian peminat, mereka tidak yakin dengan sikapnya.

WhatsApp Image 2023 05 19 at 10.37.18 PM
Sebahagian peminat Intan Milan meraikan kejayaan ke saingan akhir Liga Juara-juara Eropah (UCL) di Milan, Itali, baru-baru ini

Ia susulan kesilapan dilakukan ketika di Lazio sehingga membawa kepada kejayaan Scudetto buat seteru AC Milan.

Bagaimanapun, Simone tetap mempertahankan Acerbi, mereka kenal lama di Lazio, sudah tentu jauhari mengenal manikam.

Ini selepas wujud ura-ura pihak pengurusan mahu menjual Milan Skriniar dan Stefan de Vrij demi mengembungkan kembali dana.

Situasi tidak menentu ini berlarutan, Nerazzurri kerap hilang mata. Ia begitu menyakitkan Interista.

Mereka tumbang kepada Spezia, Monza dan Bologna, seri dengan Salernitana meskipun menguasai permainan.

Namun, persembahan suku akhir kedua Liga Juara-juara Eropah (UCL) bertemu Benfica menjadi garis penting kepada kebangkitan Inter Milan.

BAD semakin serasi, Il Toro terasa hidup semula dan Barella kembali menjadi Barella.

Elitis Serie A dihenyak tanpa rasa belas, Juventus, Lazio, Roma, AC Milan diratah enak.

Sehingga Jurulatiha AS Roma, Jose Mourinho memanggil Inter Milan sebagai kelab terkuat di Itali padahal Napoli baru menjuarai Lega Seria A.

Inter Mian gemar membeli sang juara, Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan masih sang juara walaupun keringat mereka tidak lagi seperti dulu.

Begitu juga Romelu Lukaku, dalam diam dia kembali ke prestasi asal.

Menjelang perjalanan ke Istanbul untuk saingan akhir UCL pada 11 Jun depan, tiada siapa boleh menafikan keupayaan Manchester City.

Jika difikirkan tiada ruang boleh diexploitasi dengan mudah oleh Inter Milan.

Skripnya lebih kurang sama ketika kali terakhir mereka memenangi UCL pada tahun 2010 bertemu skuad serba lengkap Bayern Munich.-nasionalkini.my

perhimpunan kalimah allah 1

Perhimpunan Kalimah Allah: Polis buka kertas siasatan

pokok

KL dilanda ribut dan hujan lebat, 15  kejadian pokok tumbang