in

Kerajaan belum bercadang pinda akta pembayaran cukai oleh waris

ezgif.com webp to jpg 3

PONTIAN, 19 Mei – Kerajaan tidak bercadang melakukan pindaan berhubung pembayaran tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, terdapat kebimbangan jika akta berkaitan dipinda kepada pewaris atau pentadbir harta, ia akan menurunkan motivasi untuk mereka membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Akta yang ada setakat ini dikekalkan dan belum ada sebarang pindaaan, kita berpandangan jika tidak dibuat, ada pihak tidak bertanggungjawab tidak membayar cukai dan tunggu dirinya mati.

“Kemungkinan besar ia tidak memberi motivasi untuk membayar cukai kepada LHDN. Perkara itu sudah ada dalam akta LHDN, tetapi LHDN memaklumkan jumlah yang dikenakan kepada pendapatan sehingga kematian yang perlu dicukaikan.

Oleh itu, jika mempunyai keupayaan hasil daripada harta si mati eloklah bayar cukai,” katanya.

Terdahulu beliau hadir perjumpaan raya Persatuan Penulis Johor di Rumah Citra Sari Benut, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu pembayaran tunggakan cukai pendapatan pembayar cukai yang meninggal dunia.

Mesyuarat berkenaan bagi mencari kesepakatan susulan pandangan berbeza mufti dalam konteks syarak, berhubung undang-undang menuntut wakil sah atau pentadbir harta pusaka pembayar cukai yang meninggal dunia, membayar tunggakan cukai ditinggalkan si mati.

Pada 11 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati, termasuk pengurusan cukai pendapatan. – nasionalkini.my

gula

Harga gula putih kekal RM2.85, tiada kenaikan harga

perhimpunan kalimah allah 1

Perhimpunan Kalimah Allah: Polis buka kertas siasatan