in

2 juta kalimah Allah dihasil pelajar tahfiz Madrasah An-Nuur 

kalimah
Projek dikenali Kembara Dua Juta Kalimah Allah itu telah disiapkan pada kertas lukisan dengan panjang berukuran 177 meter dan 0.58 meter lebar

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Kira-kira 2 juta kalimah Allah berjaya dihasilkan oleh  133 pelajar Madrasah An-Nuur (MAN) menerusi Kembara Dua Juta Kalimah Allah menggunakan kertas lukisan sepanjang 177 meter.

Penghasilan berkenaan melayakkan madrasah berkenaan berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records.

Pengasas madrasah berkenaan, Noor Effendi Hamid berkata, penyediaan 2 juta kalimah Allah itu dilakukan secara kerjasama antara pelajar dan guru  sambil mengalunkan zikir selama sembilan hari.

Lebih membanggakan, proses penggunaan kalimah Allah itu turut dicampur dengan air zam-zam yang dijadikan pewarna dalam pembentukan kalimah berkenan.

“Seramai 77 pelajar lelaki juga 56 perempuan terlibat dalam projek ini selain tenaga pengajar mereka yang menghasilkan kalimah Allah.

“Lebih istimewa apabila Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad turut sama menulis kalimah yang ke dua juta,”katanya.

Mengulas lanjut, Noor Effendi berkata, setiap helai kertas lukisan pula mempunyai sekurang-kurangnya 9,500 kalimah yang sama.

“Kertas tulisan itu turut dijual di mana hasil jualan akan digunakan untuk pembangunan madrasah sebagai satu cara pihaknya menjana pendapatan tanpa meminta derma,” jelasnya.

Akuinya sehingga kini sebanyak 15 keping terjual pada hari penganugerahan sijil oleh MBOR dan  pembeli terdiri daripada orang perseorangan, bapa pelajar dan syarikat korporat.

“Setiap helai kertas lukisan lengkap dengan nombor siri MBOR dijual dengan harga bermula RM2,000 dan kita sasarkan jualan sebanyak RM436,000,” katanya.

Kembara 2 Juta Kalimah Allah telah ditaja oleh syarikat Xfox Market Bhd. yang bertapak bandar Pinggiran Subang

Pada 2015, Madrasah berkenaan mencipta rekod pertama di Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu selepas berjaya menghasilkan sebanyak 1.3 juta tulisan kalimah Allah. – nasionalkini.my

Penduduk dakwa terpaksa guna ‘teh O’ untuk urusan harian

gari tangan

Pelancong asing rogol pekerja Genting diberkas