in

Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Johor tidak dibenarkan – Sultan Johor

347566962 613376947384351 3672835467115961981 n
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Kerajaan Persekutuan perlu memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan keputusan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan isu kalimah Allah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, ini kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.

“Peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan mengenai kalimah Allah perlu diperincikan tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri, supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk terus terpelihara.

“Saya tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat, terutamanya umat Islam, tidak akan dibenarkan di Johor selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

“Di Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan, ditegah dan dilarang.

“Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam seni kata Lagu Bangsa Johor,” titah baginda menerusi kenyataan media yang dimuat naik dalam Facebook rasmi hari ini. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 24 at 2.47.39 PM

Belum terima permohonan rasmi ADUN BN – PAS Melaka

WhatsApp Image 2023 05 24 at 4.26.03 PM

Sanggup bunuh teman wanita demi rahsiakan kehamilan