in ,

Sultan Johor kemuka pelbagai idea baik program MM2H

sultan johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Idea Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tentang pelaksanaan dan penambahbaikan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) akan dicadangkan serta dibawa kepada Kabinet, bulan depan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing selepas menghadap Sultan Ibrahim bagi membincangkan pelaksanaan program MM2H tersebut.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam tersebut berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru di sini.

King Sing berkata, pada pertemuan hari ini, Sultan Ibrahim memberikan banyak idea baik tentang MM2H.

“Saya yakin idea-idea ini boleh dilaksanakan sekali gus merancakkan ekonomi pelancongan kita.

“Saya akan berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pemain-pemain industri berkaitan penambahbaikan MM2H serta pandangan dan nasihat yang disampaikan oleh baginda,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, menurut pentadbir Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda bertitah supaya MM2H ditambahbaik daripada segi dasar, insentif dan manfaat supaya ia tidak membebankan.

Titah Baginda, penambahbaikan itu penting dalam menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi utama. – nasionalkini.my

uzur wanti 1

Bekas wartawan uzur terlantar akibat radang paru-paru kronik

SPR pelajar

PRN: KPT mempertimbang cuti khas untuk pelajar IPT