in

Kalimah ‘Allah’ khusus untuk Sarawak sahaja – Anwar

WhatsApp Image 2023 05 16 at 2.49.51 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 16 Mei – Penganut agama Kristian di negeri lain tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ kerana ia hanya terpakai khusus untuk Sarawak sahaja.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana negeri berkenaan tidak terikat dengan keputusan negeri-negeri sebelum ini.

“Saya ingat Kementerian Dalam Negeri pun dah buat penjelasan, ini (kalimah Allah) khusus dalam kes Sarawak (kerana) Sarawak kita faham dulu tak terikat dengan keputusan-keputusan negeri.

“Dia tak boleh terpakai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, tak. Ini khusus untuk Sarawak yang kita dah kalah dalam kes awal kerana di Sarawak memang diputuskan oleh negeri sebegitu rupa, kita kena faham,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Anjuran Pertubuhan Prihatin Anak Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tanjung Minyak, Melaka, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah.

Media Ahad lalu melaporkan, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 16 at 2.09.34 PM

Menikmati hidangan nasi buluh di Sungai Klah

WhatsApp Image 2023 05 16 at 3.24.18 PM

Bintai Kinden umum pelantikan baharu selepas pengarah berusia 24 tahun letak jawatan