in ,

Belum terima permohonan rasmi ADUN BN – PAS Melaka

WhatsApp Image 2023 05 24 at 2.47.39 PM
Setiausaha PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA – PAS Melaka masih belum menerima permohonan rasmi daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk menyertai mereka setakat ini.

Setiausaha PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz berkata, walaupun terdapat perbincangan untuk bersama mereka daripada ADUN kerajaan, ianya hanya disuarakan secara tidak rasmi.

“Memang kita (PAS) ada buat pertemuan beberapa kali dengan mereka (ADUN kerajaan) di majlis-majlis hari raya dan dari sudut hati tu nampak macam ada kemungkinan (sertai PAS).

“Kita terbuka untuk terima sesiapa sahaja selagi mereka boleh ikut dasar perjuangan PAS,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan terdapat khabar angin seorang ADUN BN akan menyertai Pas setelah beliau dilihat beberapa kali hadir ke program rumah terbuka pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Ditanya adakah ADUN Rembia daripada BN, Datuk Muhammad Jailani Khamis individu dimaksudkan kerana sering dilihat menghadiri program PN, Asri Shaik enggan mengulas lanjut.

“Kita tak boleh dedahkan, mungkin lebih dari seorang? (tapi) kita (PAS dan ADUN kerajaan) memang ada buat pertemuan dan nampak macam ada kemungkinan.

“Tengoklah dalam masa terdekat ini, kalau ada akan kita umumkan,” katanya enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, beliau dalam kenyataan hari ini mengumumkan parti itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuk ADUN kerajaan di negeri ini untuk menyertai mereka sebagai perjuangan politik Islam. – nasionalkini.my

IMG 20230524 WA0014

Penyelia syarikat didakwa tipu jual tanah tak wujud

347566962 613376947384351 3672835467115961981 n

Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Johor tidak dibenarkan – Sultan Johor