KUALA LUMPUR, 7 Jun – Seorang pegawai Imigresen Pahang ditahan petang tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat rasuah melibatkan pemilik pusat hiburan, pusat urut, pemilik kebun dan pemilik kilang kayu di sekitar daerah kawalannya.
Menurut sumber, penahanan pegawai imigresen itu berikutan disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan antara RM300 sehingga RM3,000.
Malah, suspek yang berusia 37 tahun dianggarkan menerima lebih daripada RM500,000 sejak tahun 2018 sehingga 2022.
“Bayaran rasuah ini adalah bagi melindungi pekerja-pekerja mereka daripada diganggu oleh imigresen atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan pegawainya terlibat.
Namun enggan mengulas lanjut berhubung penahan berkenaan
Siasatan akan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – nasionalkini.my