in ,

Nahas kereta api Odisha: Lebih 100 mayat belum dituntut waris 

100 mayat
Ahli keluarga sedang meneliti gambar yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membolehkan ahli keluarga membuat pengecaman. terhadap mangsa nahas

BHUBANESHWAR, 7 Jun – Lebih 100 mayat yang belum dituntut oleh waris meskipun selepas enam hari nahas kereta api yang mengorbankan 288 penumpang di Odisha, timur India.

Nahas pada Jumaat lalu membabitkan pelanggaran dua kereta api penumpang dan sebuah tren membawa muatan barang menyebabkan ribuan penumpang  dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, 

Bagaimanapun BBC melaporkan tidak semua yang terkorban dituntut waris dan sehingga kini lebih 100 dikesan yang tidak tuntut.

Kesemua mayat berkenaan ditempatkan di empat buah hospital di sekitar bandar Bhubaneshwar.   

Sementara itu, Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Bhubaneshwar, Vijay Amrita Kulange mengakui kebanyakan mayat mangsa tidak dapat dikenali disebabkan kecederaan dialami.      

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Odisha, Bijay Kumar Mohapatra pula berkata pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan bekalan ais yang dipercayai membantu mengekalkan keadaan mayat tersebut.

Malah, peraturan negeri Odisha menegaskan tiada bedah siasat boleh dijalankan ke atas mayat yang tidak dituntut sehingga tempoh 96 jam berlalu.

Di hospital terbesar di ibu negara Bhubaneswar, Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS), skrin televisyen besar memaparkan gambar mangsa yang terkorban bagi membantu keluarga ke hospital dan bilik mayat untuk mencari rakan dan saudara mara. – nasionalkini.my

isaac

Hans Isaac antara 16 dilantik anggota baharu PSM sesi 2023/2025

71644849336 SPRM

Pegawai Imigresen Pahang pula ditahan SPRM disyaki terlibat rasuah