in

Pegawai kanan polis lindung aktiviti haram direman

IMG 20230807 180911 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, kerana dipercayai melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara, direman tiga hari bermula hari ini.

Ia disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Difahamkan, suspek terbabit ditahan mengikut Akta SPRM 2009.

Azam sebelum itu mengesahkan kepada BH Online, seorang pegawai kanan polis ditahan SPRM semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Turut mengesahkan penahanan itu ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid yang berkata, suspek yang ditahan bertugas di ibu negara.

Suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengenai aktiviti haram di sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan, penahanan suspek di Putrajaya itu turut menemukan wang lebih RM1 juta, hasil serbuan di beberapa premis disyaki milik suspek.– nasionalkini.my

IMG 20240324 154054 800 x 500 pixel

Tradisi agih bubur lambuk diteruskan

IMG 20240325 003239 800 x 500 pixel

Kesetiaan Hatta dapat perhatian Anwar