KUALA LUMPUR, 21 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi yang dipercayai pembantu kepada pemilik sebuah syarikat bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
Penahan terhadap lelaki yang berusia sekitar 50-an itu dibuat kira-kira 10 malam .di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam.
Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 24 Julai telah dikeluarkan oleh Majistret M Mageshwary selepas agensi itu mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini.
Di mahkamah majistret yang sama, SPRM turut mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang lagi suspek wanita yang juga pengarah syarikat selama dua hari hingga Ahad ini.
Menurut sumber, wanita tersebut sebelum ini direman selama tiga hari sehingga hari ini.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang turut direman telah dibebaskan pagi ini. – nasionalkini.my