in

Taikun Cina punca rasuah berleluasa di Malaysia?

Gambar hiasan

KUANTAN, 30 Mei – Seorang pemimpin BERSATU Pahang mendakwa gejala rasuah yang berleluasa di Malaysia ketika ini berpunca daripada kumpulan ‘taikun’ Cina.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, amalan rasuah sudah membarah dan sukar dirawat kerana ia secara jelas membarah dalam kalangan masyarakat.

“Soalnya siapa memulakan budaya ‘menyuap mulut’ orang yang mempunyai kuasa di negara ini?

“Kalau nak ‘suap’ mestilah ada keupayaan kewangan… yang ada wang ini pula mestilah ‘taikun’ Cina.

“Mereka inilah punca penyakit rasuah yang semakin teruk… makin susah nak diberi ubat,” katanya.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Dr Abdul Rasid turut mendakwa kebanyakan ‘pemakan’ rasuah bukan saja terdiri daripada pihak berkuasa, tetapi turut membabitkan golongan VIP.

“Amalan memberi rasuah ini diamalkan golongan ini sejak zaman negara belum merdeka lagi.

“Sampai sekarang masih belum ada tanda ia akan berakhir… puncanya adalah mereka yang berkuasa terlalu ‘berkiblatkan’ wang dan kemewahan.

“Jadi, sampai bila pun gejala rasuah akan gagal dibendung,” ujarnya. – nasionalkini.my

Jack tiba di sempadan Laos-China

Mana janji sistem tender terbuka, soal BERSATU Pahang