in

Erdogan angkat sumpah Presiden Turkiye, jangka umum barisan menteri Kabinet

ezgif.com webp to jpg 1
Erdogan juga dijadual menamakan barisan menteri yang akan menganggotai Kabinet baharunya selepas majlis makan malam pelantikan.

ANKARA, 3 Jun – Recep Tayyip Erdogan yang memenangi pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye minggu lalu dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu, hari ini.

Dalam pilihan raya tersebut,  Erdogan menewaskan pesaingnya, Kemal Kilicdaroglu dan meraih 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu pula menerima 47.86 peratus undi.

Beliau juga dijadual mengumumkan barisan menteri yang akan menganggotai Kabinet baharunya selepas majlis makan malam pelantikan.

Upacara mengangkat sumpah itu akan diadakan di Parlimen, diikuti dengan penganjuran majlis makan malam di Istana Presiden di Ankara.

Erdogan, yang kini menginjak usia 69 tahun pernah menjawat Perdana Menteri pada 2003 selepas Parti AK dipimpinnya memenangi pilihan raya pada akhir 2002 susulan krisis ekonomi terburuk Turkiye sejak 1970-an.

Beliau juga merupakan menjadi Presiden pertama dipilih secara popular di negara itu pada 2014 sebelum dipilih semula kemudian selepas memperoleh kuasa eksekutif baharu untuk jawatan Presiden dalam referendum 2017. – nasionalkini.my

350998877 269888512268544 4438971297513279133 n

Makanan ternakan tidak termasuk skop pensijilan halal Jakim

tun M 1

PDRM selesai siasat Tun M berhubung isu hina institusi raja