in ,

PRN: Proklamasi Orang Melayu akan bantu PN capai kemenangan

pn
Proklamasi Orang Melayu akan berganding bahu dengan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN), pada PRN, bulan depan

KUALA LUMPUR,27 Julai – Proklamasi Orang Melayu akan berganding bahu dengan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) di enam negeri bagi menjamin kemenangan gabungan parti itu.

Pengerusi Mobilisasinya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pihaknya mempunyai ‘common agenda’ untuk mengalahkan semua calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan UMNO pada PRN kali ini.

Matlamat kami untuk menterjemahkan satu ‘referendum rakyat’ yang jelas ke arah menolak Kerajaan Madani yang ‘haprak’ secara total,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Pengerusi Mobilisasinya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Dalam pada itu, beliau mendakwa, masa depan orang Melayu dan Islam kini sedang berada dalam keadaan yang amat mencabar kerana pendirian Kerajaan Madani lebih menitikberatkan kepada konsep kepelbagaian kaum.

Malah, orang Melayu dakwanya dilihat sukar lagi untuk berbicara dan membincangkan mengenai penyatuan seterusnya menyelesaikan semua permasalahan bangsa Melayu.

“Bercakap mengenai ‘Melayu’ dianggap ‘rasis’ tetapi dalam masa yang sama hak orang-orang Melayu amat jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Justeru, Khairuddin berkata, sudah sampai masanya bagi keseluruhan orang Melayu bersatu hati dan merapatkan saf perjuangan untuk memerangi Kerajaan Madani.

“Insya-Allah, pemimpin-pemimpin Proklamasi Orang Melayu akan terus berjuang untuk mengukuhkan kedudukan PN bagi menawan semua negeri-negeri yang terbabit dengan PRN ini,” katanya.

Yayasan Selangor salur RM467,000 untuk pelajar

Man United, PSG berebut Hojlund