in

Proklamasi bukan tolak kaum lain tapi mahu bantu bangsa sendiri

Tun M proklamasi 1
Bekas Ahli Parlimen Langkawi proklamasi dilancarkan untuk menyedarkan orang Melayu berikutan kedudukan tidak begitu kuat, dan kini menjadi semakin goyah.

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Proklamasi Orang Melayu bukan  dibuat untuk menolak hak kaum lain, tetapi berhasrat membantu masalah yang dihadapi  bangsa itu.

Pemimpin yang berusia 97 tahun itu berkata, orang Melayu pada masa kini berhadapan dengan banyak masalah terutama kemiskinan.

“Rata-rata orang Melayu miskin dan kerana kemiskinan golongan berkenaan berhadapan dengan banyak masalah.

“Jadi usaha pertama yang kita lakukan adalah untuk mengeluarkan satu proklamasi yang menyenaraikan 12 daripada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Tertutup Rundingan Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.

Katanya, lebih 60 tahun negara  didominasi oleh orang Melayu dan ketika zaman orang Melayu menguasai politik Malaysia, bangsa lain menunjukkan perubahan ke arah kejayaan.

“Pada ketika itu kita dapat melihat bahawa ramai orang Cina berjaya sehingga menjadi pengusaha dunia dalam masa pemerintahan oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu,” ujarnya.

Tegas bekas Ahli Parlimen Langkawi proklamasi dibuat adalah untuk menyedarkan orang Melayu bahawa kedudukan mereka tidak begitu kuat, lemah dan kini menjadi semakin goyah.

Justeru, katanya satu gerakan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah orang Melayu.

“Gerakan itu mesti diadakan untuk mencantum semua orang, parti, individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang  masa depan bangsa (Melayu) ini.

“Sebab itu kita perlu ada pengaruh dalam kerajaan yang mampu menangani masalah orang Melayu,” katanya.

Beliau pada masa sama berkata, pihaknya sedia bekerjasama bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi juga di lain waktu bagi memastikan usaha proklamasi tidak menemui kegagalan. – nasionalkini.my

scam phone1 1665551071

Rugi RM524,800 ditipu skim pelaburan wang

WhatsApp Image 2023 06 06 at 7.46.27 PM 1

Lebih 20,000 ahli pemilik kedai kopi tolak dasar GEG