in ,

Kos urusan jenazah Awang Askandar ditanggung kerajaan Sabah

Armizan 1 1
kerajaan Sabah akan menampung semua urusan membawa pulang jenazah pendaki Everest Awang Askandar Ampuan Yaacob untuk dikebumi di tanah air

PUTRAJAYA, 22 Mei – Kerajaan Negeri Sabah akan menampung segala kos tambahan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, komitmen itu diberikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji bagi  memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Kampung Benoni, Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga.

“Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan jenazah.

“Mana-mana pihak yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

WhatsApp Image 2023 05 21 at 7.29.37 PM
Awang Askandar bersama pendaki lain ketika sambutan Aidilfitiri baru-baru ini di kawasan Gunung Everest

Armizan pada masa sama  mengadakan sidang video bersama Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara, Datuk Mohammad Ali Selamat dan Counsellor/Charge d` Affaires, Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd Fazle Abu Hasan bagi mendapatkan perkembangan terbaharu.

“Terkini saya dimaklumkan bahawa pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah Awang Askandar dari Kem 4 ke Everest Base Camp (EBC) pada pukul 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah dijangka dibawa turun dari EBC ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan,” katanya. -nasionalkini.my

zainal rahim

Ponteng kerja antara faktor popular penjawat awam kena tatatertib

WhatsApp Image 2023 05 22 at 8.58.16 PM 1

Ajinamoto kini terima pelawat, berpeluang lihat operasi pengeluaran perencah berkualiti tinggi