in ,

Ajinamoto kini terima pelawat, berpeluang lihat operasi pengeluaran perencah berkualiti tinggi

WhatsApp Image 2023 05 22 at 8.58.16 PM 1
Orang ramai berpeluang melihat operasi pengeluaran perencah berualiti tinggi Ajinamoto di kilang baharu yang terletak di bandar Enstek, Nilai

Oleh Hajidah Miharbi

NILAI 22 Mei – Orang ramai kini berpeluang melawat kilang baharu pengeluaran perencah berkualiti tinggi, Ajinomoto (M) Berhad (AMB) di bandar Enstek Halal Hub.

Pengunjung yang berminat boleh melawat kilang baharu AMB antara pukul 9 pagi hingga 4 petang, dari Isnin hingga Jumaat.

Kilang pintar dan mesra alam ini merupakan Bangunan Hijau yang disahkan secara rasmi dengan penarafan ‘PERAK’ Indeks Bangunan Hijau (GBI). 

Teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pendigitalan digabungkan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. 

aji 2
Kilang pintar dan mesra alam ini merupakan Bangunan Hijau yang disahkan secara rasmi dengan penarafan ‘PERAK’ Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Kilang ini juga direka untuk menyediakan pekerja dengan persekitaran yang kondusif dan mesra kerja termasuk dilengkapi fasiliti rekreasi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti lawatan galeri dan koridor pengeluaran, demonstrasi masakan dan sesi hidangan ringkas. 

Pengunjung yang melakukan lawatan ke kilang, berpeluang menerima pelbagai sampel produk dalam sesi lawatan tersebut.

AMB yang memulakan operasi perniagaan pada tahun 1961 merupakan salah sebuah syarikat Jepun yang pertama di Malaysia dan beroperasi di Jalan Kuchai lama selama lima dekad sebelum berpindah di bandar Enstek, NOvember tahun lalu.

AMB telah berkembang menjadi pengeluar makanan dan perencah yang dinamik dan bertanggungjawab, yang dipercayai rakyat Malaysia selama beberapa dekad. 

Di masa hadapan, AMB menyasarkan untuk menjadi “Syarikat Makanan Halal Global yang Mengutamakan Pelanggan” bagi menyumbang dalam menyelesaikan masalah makanan dan kesihatan orang ramai melalui kepakaran dan penyelesaian inovatif kami. 

Maklumat lanjut mengenai lawatan kilang boleh diiayari dan daftar di laman web Ajinomoto Malaysia di https://www.ajinomoto.com.my/contact- us/factory-visit-0 – nasionalkini.my

Armizan 1 1

Kos urusan jenazah Awang Askandar ditanggung kerajaan Sabah

mca 2

MCA mula ‘berbunyi’, Zahid perlu lebihkan komponen BN bukan DAP