in

Jenazah pertama nahas Elmina diserah kepada keluarga

IMG 20230817 161320 800 x 500 pixel
Gambar oleh Orang Awam

KLANG, 19 Ogos – Jenazah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam akan diserahkan kepada waris hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata identiti mangsa itu hanya akan didedahkan selepas pihaknya memaklumkan kepada waris.

“Esok pagi (hari ini) akan ada satu jenazah diserahkan kepada waris.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan kerana kita perlu hubungi keluarga terlebih dahulu sebelum kita dedahkan kepada umum,” katanya ketika ditemui KOSMO semalam.

Difahamkan satu sidang akhbar lanjut akan diadakan pagi ini oleh Hussein di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.- nasionalkini.my

IMG 20230819 084327 800 x 500 pixel

Perkenal sistem saraan baharu

IMG 20230819 103943 800 x 500 pixel

Suhaizan, Nazri wakil AMANAH bagi PRK Johor