in

Jenazah semua mangsa nahas Elmina diserah kepada waris, keluarga esok

IMG 20230820 100635 800 x 500 pixel
Gambar oleh Bernama

KLANG, 20 Ogos – Jenazah sembilan mangsa nahas pesawat ringan di Bandar Elmina, Shah Alam, kelmarin, akan diserahkan kepada waris pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata proses mengenal pasti mayat semua mangsa terbabit sudah selesai semalam.

“Mesyuarat bersama semua agensi yang terbabit bencana sebentar tadi (semalam) dimaklumkan keputusan ujian DNA semua mangsa sudah diperoleh dan identiti mangsa dikenal pasti.

“Kita memutuskan untuk serahkan jenazah semua mangsa kepada waris bermula jam 9 pagi esok,” katanya pada sidang media di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini malam tadi.

Nahas pesawat yang berlaku pada jam 2.48 petang kelmarin mengorbankan semua dua kru dan enam penumpang, selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya, masing-masing seorang pemandu e-hailing dan p-hailing.

Jenazah pertama mangsa nahas pesawat dituntut ahli keluarganya pada jam 9.30 pagi tadi.

Jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dibawa ke Masjid Al Rahimiah, di Klang untuk solat jenazah sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.- nasionalkini.my

IMG 20230706 104146 800 x 500 pixel

Remaja mental tikam mati adik

IMG 20230820 023511 800 x 500 pixel

Jenazah Johari akan dituntut isterinya pagi ini