in ,

Konvensyen Kerajaan Perpaduan di ‘rumah’ UMNO tak kena – Hishammuddin

hisham

KUALA LUMPUR 21 Mei – Penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu dilihat sebagai tidak kena dan janggal.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ini kerana lokasi konvensyen disifatkan sebagai rumah parti keramat orang Melayu itu yang sarat dengan sejarah lampau.

Beliau turut mendapati gambar-gambar bekas pemimpin UMNO yang banyak berkorban demi kelangsungan parti telah ‘dihilangkan’.

konvensyen
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menghimpunkan wakil daripada 19 parti politik yang sebahagiannya dulu sering berseteru. Foto: Bernama.com

“Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan juga kerajaan.

“Tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal bila diadakan di dalam Dewan Merdeka, rumah UMNO sendiri. Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan.

“Apabila gambar-gambar bekas-bekas pemimpin kita (UMNO) yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti dihilangkan di dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, itu saya rasa ia tak kena,” katanya, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei lalu mencipta sejarah apabila UMNO mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pada 24 November 2022.

Gabungan itu menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut disertai dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu). – nasionalkini.my

khairuddin 1

Perjuangan Islam luas tak terikat mana-mana parti

penempatan 2

Jangan terlebih baik melindungi PATI