in

PKR umum calon Sungai Bakap Rabu ini

Gambar ihsan BFM News

SUNGAI BAKAP, 10 Jun – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Rabu depan.

Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan malam tadi.

“Kita akan umumkan calon pada 12 Jun iaitu Rabu depan.

“Kita terima hakikat bahawa kita turun ke gelanggang PRK ini sebagai ‘underdog’ namun kita yakin dapat kembalikan semula kerusi Sungai Bakap yang dipinjamkan sekejap kepada Perikatan Nasional (PN),” katanya lapor Sinar Harian.

Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Sebelum ini, Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang memutuskan calon dari PKR akan bertanding mewakili gabungan itu dalam PRK kali ini.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangmya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai. – nasionalkini.my

Pantau warga asing lahir anak di Malaysia

Hanya JPN, KDN urus hal ehwal kewarganegaraan