KUANTAN, 13 Jun – Pemilihan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap adalah sangat tepat.
Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, selain faktor anak tempatan, Dr Joohari juga memiliki kepakaran yang boleh membantu meningkatkan sosial-ekonomi di situ.
“Dr Joohari adalah calon terbaik sebagai wakil rakyat Sungai Bakap. Jom (kita) sokong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Semalam, nama Dr Joohari diumum sebagai calon oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya Kerajaan Perpaduan, Rafizi Ramli.
Dr Joohari yang juga bekas guru berusia 60 tahun dan merupakan anak jati Sungai Bakap.
Dia menjawat jawatan Pengarah IAB Cawangan Utara di Jitra, Kedah sejak April 2018 hingga 1 September 2023.
Sebelum itu, dia bertugas di institusi tersebut sebagai pensyarah bermula 2006. – nasionalkini.my