in ,

KJ mohon sedikit masa sebelum kembali ke medan politik

kj 1
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengakui bukan mudah membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan.

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta sedikit masa sebelum mempertimbangkan tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik  dirinya sebagai  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengakui bukan mudah membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan.

“Saya harap mereka yang membuat tawaran itu kepada saya dapat memberi saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini.

… terima kasih kepada Muhyiddin yang secara umum menzahirkan perkara ini.

“Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil ringan keputusan ini, bukan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung bila-bila masa,” katanya.

Tegas Khairy beliau mahu membuat keputusan dengan rela hati dan bukan hanya kerana mahu menjadi calon pada PRN, tidak lama lagi.

muhyiddin
Muhyiddin mendedahkan ada menawarkan Khairy menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu dalam pertemuan bersama Khairy, selepas dipecat daripada UMNO, Januari lalu

“Jadi saya perlukan masa, bukan saya kata ‘no’ (tidak) kepada tawaran tersebut. 

Sebelum ini, Muhyiddin mendedahkan ada menawarkan  Khairy menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu dalam pertemuan bersamanya selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Januari lalu, Khairy dipecat daripada UMNO kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Kesihatan itu berkata,  tidak ramai ahli politik mendapat peluang kedua menyertai mana-mana parti tanpa melompat.

“Ramai yang melompat tapi saya tak lompat, saya dipecat. Jadi bila kita diberi peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil ringan keputusan ini hanya semata-mata kerana PRN dah dekat,” katanya.

Malah, beliau memaklumkan turut menerima tawaran daripada juga parti politik namun enggan mengulas lanjut kerana mahu pihak berkenaan sendiri mengumumkan mengenainya. -nasionalkini.my

mca 2

MCA mula ‘berbunyi’, Zahid perlu lebihkan komponen BN bukan DAP

lawat sekolah rosak

Ribut: 29 buah sekolah dan infrastruktur terkesan dibaik pulih segera dengan peruntukan RM4 juta